suria

Luna Maya pakai pelembab wajah sejak usia 20-an, mahu kulit nampak cerah tapi bukan putih!

Biarpun sudah 37 tahun namun Luna masih menjaga kecantikan kulit wajahnya.

MEMILIKI kulit wajah yang cantik dan sentiasa menjadi inspirasi wanita, pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 37 tahun.

Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.

Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.

"Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.

"Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.

"Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain