SELEPAS enam tahun berpisah dengan penyanyi Gwen Stefani, pemuzik Gavin Rossdale, 55, kini sedang bercinta dengan seorang model dan influencer yang memiliki nama seperti bekas isterinya. Memetik laporan Hollywoodlife, kekasih baharu Gavin yang dikenali sebagai Gwen Singer itu berusia 26 tahun dan lebih muda daripada anaknya, Daisy Lowe, 32. Menurut sumber terdekat, hubungan mereka masih terlalu awal untuk ke arah yang lebih serius memandangkan baharu beberapa bulan mengenali satu sama lain. "Gavin dan Gwen sedang menikmati masa bersama. Hubungan mereka masih terlalu awal kerana baharu beberapa bulan mengenali satu sama lain. "Dia sangat cantik dan ramai lelaki yang cuba mendapatkannya tapi dia tetap tertarik dengan Gavin. Mereka luangkan masa bersama di Los Angeles. "Tapi mereka berdua tidak terlalu terburu-buru untuk hubungan yang lebih serius," kata sumber. Untuk rekod, Gavin dan Gwen Stefani mendirikan rumah tangga pada 2002 namun berpisah pada 2015. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Kingston, 15, Zuma, 12, dan Apollo yang kini berusia tujuh tahun. Gavin turut mempunyai seorang anak perempuan Daisy Lowe, 32, hasil hubungan Pearl Lowe. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!