KHABAR angin mengenai pelakon filem The 21 Jump Street, Channing Tatum kini sedang bercinta dengan aktres Zoe Kravitz kembali hangat diperkatakan. Memetik laporan Hollywoodlife, netizen mula membuat spekulasi mengenai hubungan cinta pasangan itu selepas mengikut akaun kelab peminat aktres itu. Malah, Channing Tatum juga difahamkan merupakan peminat terbesar Zoe apabila dia mengikuti empat akaun Instagram mengenai aktres berusia 32 tahun itu. Pasangan itu dikatakan mula bercinta sejak beberapa bulan selepas aktres itu memfailkan perceraian terhadap suaminya iaitu Karl Glusman. Bagaimanapun sekitar Januari lalu, sumber terdekat menerusi laporan People menegaskan tiada hubungan istimewa antara mereka namun hanya kerjasama dalam sebuah projek. "Mereka hanya bekerjasama dalam sebuah projek akan datang dan gosip mereka bercinta itu tidak benar," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI