suria

50 Cent dikecam tak hormat kematian Michael K. Williams

Rapper 50 Cent dikecam teruk kerana tidak menghormati pemergian Michael K. Williams

PENYANYI RAP 50 Cent teruk dikecam netizen apabila dianggap tidak menghormati kematian aktor Michael K Williams, malah mengambil kesempatan mempromosikan drama bersiri Power Book III Raising Kanan.

50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III berkongsi foto Michael di Instagram miliknya pada Selasa.

"Biar betul kamu tak tonton Raising Kanan. Kamu perlu tengok.

"Lihat ini fentanyl (ubat selepas pembedahan) itu bukan main-main, ia membunuh. RIP Micheal K Williams," tulisnya.

Selepas menerima kecaman netizen dia sempat menukar kapsyen pada posting tersebut sebelum memadamnya.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh 50 Cent yang dianggap tidak sensitif.

"50 Cent sampah. Dia jahat dan menjijikkan. Postingnya tentang Michael K Williams sangat tak sensitif," tulis netizen.

Michael K Williams ditemukan meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Brooklyn, Amerika Serikat pada Isnin.

Punca kematiannya masih belum dikenalpasti namun disyaki disebabkan mengabil barang terlarang berlebihan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain