suria

Mark Ronson bergelar suami Grace Gummer pada ulang tahun kelahiran ke-45

Mark kongsi foto di majlis perkahwinannya dengan Grace.

PELAKON Grace Gummer dan Mark Ronson akhirnya mengesahkan mereka sudah berkahwin pada Sabtu lalu sempena menyambut ulang tahun kelahiran pemuzik itu yang ke 45 tahun.

Memetik laporan Hollywoodlife, Mark Ronson turut berkongsi foto pada majlis pernikahan mereka di laman Instagram.

"Ya... kami sudah berkahwin. Kepada cinta hati saya, awak menjadikan ulang tahun ke-45 saya yang terbaik dalam hidup saya.

"Saya harap, saya akan sambut ulang tahun kelahiran setiap tahun dengan awak di sisi sehingga hari terakhir saya," tulisnya.

Sebelum ini, sumber terdekat pasangan itu memberitahu mereka sepatutnya mengadakan majlis dengan menjemput ramai orang namun perancangan terpaksa ditukar disebabkan Covid-19.

Perkahwinan tersebut merupakan kali kedua untuk pasangan itu.

Grace pernah berkahwin dengan Tay Strathairn pada Julai 2019 namun berpisah pada Ogos tahun yang sama.

Manakala Mark pula pernah mendirikan rumah tanggan dengan pelakon dan penyanyi Josephine de La Baume pada 2011 dan berpisah pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain