suria

Paparazi ‘skodeng’ anak Shah Rukh Khan, sempat rakam foto AbRam Khan pakai ‘face mask’

Wajah terkini anak Shah Rukh Khan iaitu AbRam Khan yang tidak dikongsikan kepada umum.

SETELAH sekian lama foto anak bongsu aktor Bollywood Shah Rukh Khan iaitu AbRam Khan tidak dikongsikan kepada umum, wajah terkini kanak-kanak berusia 8 tahun itu tersebar di media sosial sejak petang Ahad.

Foto AbRam dan ibunya Gauri Khan yang masing-masing mengenakan pelitup muka dirakam oleh paparazi ketika mereka berada di rumah Karan Johar.

Menerusi foto itu AbRam dilihat memakai kemeja-T hitam.

Untuk rekod kali terakhir foto AbRam muncul di khalayak ramai adalah pada Mac lalu.

Seperti yang diketahui ramai, walaupun AbRam adalah antara anak-anak bintang popular yang sering menjadi tumpuan namun dia mula menjauhkan diri daripada lensa kamera dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada sambutan ulang tahun Aaradhya Bachchan iaitu anak perempuan kepada pasangan pelakon Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan pada 2018, AbRam menjerit, 'jangan ambil gambar' kepada jurugambar yang menunggunya.

Sementara itu pada tahun 2019, dia menutup wajahnya ketika keluar dari lapangan terbang bersama bapanya, Shah Rukh. - Hindustan Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shah Rukh Khan, AbRam Khan

Artikel Lain