suria

Ari Lasso siap sedia botak selepas rawatan kimoterapi… dah minta isteri cari rambut palsu

Ari sudah bersedia untuk kehilangan rambut selepas kimoterapi.

BERITA mengenai penyakit kanser limfoma yang dihidapi oleh penyanyi dan pemuzik terkenal dari Indonesia, Ari Lasso mengejut ramai peminat.

Menurut laporan Grid.Id, Ari berkata dia bakal menjalani rawatan kimoterapi di Singapura dalam masa terdekat bagi mengawal sel-sel barah daripada terus merebak.

Menerusi temubual bersama Deddy Corbuzier, Ari sempat berseloroh memberitahu dia akan kehilangan rambut atau botak selepas menjalani rawatan berkenaan.

“Bererti kamu akan menjalani kimoterapi? Kamu akan botak macam saya nanti?” tanya Deddy.

ari deddy

Ari bersama Deddy dalam temubual yang dimuat naik di YouTube.

“Ya Ded (Deddy), ayat pertama saya bertanya ketika doktor kata kimoterapi... doktor adakah saya akan botak? Doktor hanya ketawa.

“Isteri saya juga ketawa sedangkan orang lain panik.

“Akhirnya saya suruh isteri cari pembuat wig (rambut palsu) terbaik,” jawab Ari.

Bersedia jika kehilangan rambut selepas kimoterapi, Ari berkata dia akan memakai rambut palsu ketika berada di luar rumah.

“Kamu (Deddy) tak akan melihat saya botak kecuali datang ke rumah saya,” selorohnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain