suria

Hubungan cinta Park Gyuri dengan Song Ja Ho berakhir, rahsiakan punca perpisahan

Park Gyuri enggan berkongsi mengenai punca hubungan cintanya berakhir.

HUBUNGAN cinta bekas anggota kumpulan KARA iaitu Park Gyuri dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Song Ja Ho sudah berakhir.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Creative Kkot mengesahkan pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak mereka enggan berkongsi butiran lanjut kerana menganggap penyebab perpisahan tersebut terlalu peribadi.

"Park Gyuri dan Song Ja Ho baru-baru ini sudah memutuskan hubungan mereka. Sebab hubungan berakhir itu terlalu peribadi.

"Sukar untuk kami dedahkan," kata agensi tersebut.

Untuk rekod, Park Gyuri pertama kali berkongsi mengenai hubungan cinta dia dengan Song Ja Ho pada 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain