suria

Rizky Billar kecewa Lesti Kejora difitnah hamil sebelum kahwin - “Kami dibesarkan oleh keluarga yang tahu tentang agama”

Rizky dan Lesti berkahwin pada 19 Ogos lalu.

TIDAK sampai sebulan bernikah, pasangan selebriti terkenal Indonesia Rizky Billar dan Lesti Kejora berdepan dengan gosip yang tidak baik.

Enggan membiarkan gosip yang mendakwa Lesti Kejora sudah hamil sebelum berkahwin terus diperkatakan, Rizky akhirnya tampil mempertahankankan isterinya.

Rizky menerusi laman Instagram miliknya menjawab salah satu pertanyaan daripada netizen mengenai spekulasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! Rizky Billar, Lesti Kejora bergelar suami isteri... mas kahwin RM300,000

"Di sini saya ingin beritahu, saya dan isteri dibesarkan oleh keluarga yang tahu tentang agama. Sudah cukup itu saja," tegas Rizky.

Gosip kehamilan Lesti Kejora itu mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini sehingga menyebabkan selebriti tersebut berasa sedih.

Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung penuh meriah di sebuah lokasi Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Tetamu yang diundang ke majlis pernikahan mereka diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos dan perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu.

Rizky menyerahkan mas kahwin sebanyak AS$72,300 (RM306,609) kepada Lesti.

Angka mas kahwin itu dipilih oleh Rizky bersesuaian dengan tarikh pertemuan mereka iaitu pada bulai Julai (7) bertarikh 23.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain