KEHIDUPAN mewah pasangan aktor Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina sentiasa menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini. Selain duit belanja kira-kira RM58,000 yang diberi Raffi kepada isterinya setiap bulan, rumah baharu mereka di Kompleks Andara yang menelan kos sekitar RM29,184,103 turut menjadi buah mulut dalam kalangan peminatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad sediakan RM58,000 untuk duit belanja isteri setiap bulan Terbaharu, pembantu peribadi Raffi bernama Merry turut mendedahkan pendapatannya sebulan sepanjang 15 tahun berkhidmat dengan pasangan selebriti itu. Walaupun tidak memberitahu jumlah sebenar pendapatannya, Merry akui jumlah itu cukup untuk membeli sebuah kenderaan. Merry (tengah) bersama majikannya. Merry akui tanggungjawabnya sebagai pembantu kepada pasangan selebriti ini bukanlah sesuatu yang mudah. "Alhamdulillah, saya tidak pernah lagi berkongsi jumlah gaji. Cuma apa yang boleh saya beritahu, ia cukup kalau mahu beli sebuah motosikal," katanya memetik laporan Liputan6. Merry berkata, bagi memastikan wangnya tidak habis begitu sahaja dia melabur sebahagian gajinya untuk membeli aset. "Rumah sudah, saya melabur untuk tanah. Kereta juga diberi oleh Raffi," katanya. Manusia mesti akan ada rasa penat apatah lagi mula kerja dari pagi sehingga pagi keesokan harinya. MERRY PEMBANTU Biarpun berpendapatan tinggi, Merry akui tanggungjawabnya juga bukanlah mudah malah perlu mengikuti jadual majikannya yang padat setiap hari. "Manusia mesti akan ada rasa penat apatah lagi mula kerja dari pagi sehingga pagi keesokan harinya. "Adakalanya tidak sempat untuk pulang. Ada ketika terpaksa mandi di stesen TV. "Apa pun saya terima sahaja sebab di luar sana masih banyak orang tidak ada pekerjaan dan ingin kerja," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!