suria

Tidak malu-malu, Aurel Hermansyah tanya tentang hubungan intim ketika hamil pada Nagita Slavina - “Tak ada masalahkah?”

Aurel bertanyakan soalan sensitif mengenai hubungan seks ketika hamil.

UMUM mengetahui pelakon Aurel Hermansyah kini sedang hamil anak sulung, manakala Nagita Slavina pula anak kedua.

Maka tidak pelik jika isteri kepada Atta Halilintar ini bertanyakan mengenai pengalaman melakukan hubungan intim semasa sedang mengandung.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun YouTube Rans Entertainment, Aurel bertanya beberapa soalan yang dianggap agak sensitif dan tabu dalam kalangan masyarakat.

Aurel Atta 1

Atta dan Aurel bertanya soalan mengenai rumah tangga.

"Kak saya mahu tanya boleh tak? Tapi sensitif... kakak sewaktu hamil bercinta (hubungan intim) tak? Tak ada masalahkah?" tanya Aurel.

Mendengar pertanyaan itu, Nagita menjawab berpandukan pengalamannya dan memberitahu hal itu bergantung kepada individu.

"Ya, tak ada masalah tapi terbatas. Kenapa suami takut ke?" jawab isteri Raffi Ahmad ini.

SUMBER: Liputan6

Artikel Lain