suria

Hormati isteri… Donnie Yen tolak adegan ranjang, malu jika anak-anak tonton

Donnie menghormati isteri dan anak-anaknya.

PELAKON terkenal dari Hong Kong, Donnie Yen berkata dia terbuka untuk melakonkan apa sahaja watak yang ditawarkan dalam drama atau filem.

Donnie, 58, bagaimanapun menolak untuk melakonkan aksi intim termasuklah babak di ranjang kerana enggan melukakan hati isteri dan anak-anak.

Malah, dia tidak kisah jika ada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan pendiriannya itu.

"Saya tidak mahu anak-anak melihat adegan ranjang ayah mereka ketika mereka sedang membesar," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Ip Man ini berkata keputusannya itu bukanlah dipengaruhi oleh isteri, Cissy Wang, sebaliknya kerana rasa hormat.

"Tidak ada lelaki di bumi ini yang takutkan isteri, cuma rasa hormat itu ada," ujarnya.

Donnie sebelum ini meraikan ulang tahun perkahwinan ke-18 mereka dengan menulis ungkapan istimewa buat isterinya di media sosial.

Donnie berkahwin dengan Cissy yang merupakan seorang model pada tahun 2003 dan memiliki tiga orang cahaya mata.

SUMBER: Tabloid

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain