suria

Cita Citata syukur batal kahwin jejaka mat salih, tak dapat bayangkan bercerai selepas ada anak - “Saya seolah-olah rasa seperti diselamatkan”

Cita Citata tak menyesal batalkan perkahwinan.

PENYANYI dangdut Cita Citata mengakui tidak menyesal membatalkan perkahwinannya dengan jejaka Belanda dikenali Roy Geurts pada tahun lalu.

Mengimbau kembali detik hitam dalam hidupnya itu, Cita berkata dia tidak bersedih dengan apa berlaku dan lega kerana perkahwinan itu tidak berlangsung.

"Itu cuma mencuba sahaja, kalau tak jadi jangan sedih... dalam hal ini saya seolah-olah diselamatkan.

"Bayangkan kalau dah nikah, ada anak dan bercerai itu lebih parah dan menyusahkan," katanya semasa di temubual dalam program Tonight Show pada Ahad.

Cita Citata Roy

Tinggal kenangan... Cita batalkan perkahwinan dengan Roy.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini berkata dalam setiap perhubungan haruslah mempunyai persamaan dan tidak boleh dipaksa.

"Saya akan beri kesempatan terlebih dahulu. Kalau tak sesuai dan tak serasi ya tak perlu diteruskan," ujarnya.

Pada Julai tahun lalu, Cita mendedahkan hubungan cinta dengan Roy yang terjalin sejak setahun lalu putus di tengah jalan.

Pasangan itu juga sepatutnya melangsungkan pernikahan, namun bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan itu atas sebab tertentu.

SUMBER: Tabloid

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain