suria

Anak izin Yuni Shara kahwin dengan syarat bukan lelaki muda

PENYANYI Yuni Shara mengakui bahawa anak-anaknya tidak kisah dan mengizinkan dia untuk kembali mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan namun dengan satu syarat.

Kata Yuni, 49, dalam satu program temu bual, anak pertamanya bernama Calvin tidak mahu dia memilih pasangan yang lebih muda dengan alasan ibunya itu sudah berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak setuju pendedahan Yuni Shara teman anak tonton filem porno demi pendidikan seks

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk halang mayat pesakit Covid-19 dikebumi... Yuni Shara kesal tindakan tak berperikemanusiaan!

"Dia ada kata 'ibu sudah tua, jadi perlu cari pasangan yang lebih tua lagi'," katanya memetik laporan Celebrities.id

Menurut Yuni, Calvin bimbang akan keadaannya yang hidup sendirian apatah lagi anak sulungnya itu berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke luar negara selepas sempadan antara negara dibuka.



Yuni bersama anak-anaknya.

"Calvin kata kalau dia sambung pengajiannya, saya akan tinggal seorang tanpa teman.

"Dia tidak kisah kalau saya mahu berumahtangga cuma tak boleh cari yang muda," katanya.

Terdahulu, Yuni pernah bernikah dengan seorang lelaki bernama Raymond Manthey dan selepas bercerai, kakak kepada penyanyi Krisdayanti itu kembali mendirikan rumahtangga dengan Henry Siahaan.

Yuni dan Henry dikurniakan dua cahaya mata, Calvin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan.

Bagaimanapun perkahwinan itu tidak kekal dan cuma bertahan selama enam tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Yuni Shara, pasangan muda, berusia,

Artikel Lain