suria

Mayra Veronica gembira bekas kekasihnya, Sam Asghari bertunang dengan Britney Spears

Mayra anggap Sam dan Britney bertuah kerana ada untuk satu sama lain.

PELAKON Mayra Veronica melahirkan rasa gembira dengan berita pertunangan bekas kekasihnya iaitu Sam Asghari dengan penyanyi Britney Spears.

Memetik laporan Hollywoodlife, Mayra turut memuji sikap Sam Ashari yang dianggap sebagai seorang sangat memahami dan gemar memberi semangat.

Bagi pelakon filem Pledge This! dan Miami Snow, Britney Spears berhak untuk mendapatkan kebahagiaan selepas kes melibatkan bapanya.

"Saya berasa sangat gembira untuk mereka. Akhirnya dia berjaya. Dia seorang yang baik dan suka beri semangat.

"Selepas apa yang dilalui Britney, dia berhak untuk dapat kebahagiaan," kata Mayra.

Untuk rekod, Mayra pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sam pada 2015 namun tidak bertahan lama.

Manakala Britney dan Sam bertunang pada 13 September lalu selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain