suria

Kajol ungkit cerita lama... mengaku pernah buat Shah Rukh Khan naik angin, digelar bodoh kerana tak pandai berlakon

Kajol pernah digelar bodoh oleh Shah Rukh Khan semasa menjalani penggambaran filem pada tahun 1993.

MEMULAKAN karier lakonan sejak tahun 1992, pelakon Kajol berkongsi kisah perjalanan seninya yang tidak mungkin dilupakan.

Aktres terkenal Bollywood ini mendedahkan dia pernah dimarahi dan digelar bodoh oleh Shah Rukh Khan (SRK) semasa penggambaran filem Baazigar pada tahun 1993.

"Saya tidak tahu mengenai lakonan langsung, itu adalah kebenarannya. Semasa penggambaran Baazigar, SRK berkata kepada saya... kau tahu kau tu bodoh. Kau betul-betul bodoh, kau tak tahu apa yang kau buat. Kau tak tahu tentang lakonan," cerita Kajol.

Selepas menerima teguran itu, Shah Rukh Khan meminta Kajol belajar mengenai lakonan bagi memantapkan lagi bakatnya.

Bagaimanapun dia tidak dapat menerima kata-kata Shah Rukh Khan itu kerana berpendapat sudah melakukan yang terbaik.

kajol shah rukh khan

Filem lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan menerima sambutan penonton.

"Dia berkata... kau akan faham nanti! Bila difikirkan balik memang ada betulnya. Saya memerlukan sedikit masa tetapi saya menyedari bahawa sangat diperlukan sebagai pelakon untuk mengembangkan kemahiran kerana ketika itu ianya bukan dilakukan sepenuh hati.

"Seseorang individu tidak akan mempunyai banyak emosi untuk mereka terus bertahan seumur hidup atau bertahan sepanjang kerja yang ingin dilakukan," ujarnya.

Selain filem Baazigar, SRK dan Kajol turut digandingkan bersama dalam enam filem yang lain iaitu Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Karan Arjun (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Kabhi Khushi Kabhi Gham (2001), My Name Is Khan (2010) dan Dilwale (2015).

SUMBER: Hot

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain