suria

Terkesan pandemik Covid-19, Mulan Jameela bantu Ahmad Dhani sara hidup enam janda - “Itu sebahagian tanggungjawab”

Mulan Jamela bantu suami sara janda.

TINDAKAN Ahmad Dhani menyara enam janda yang menjadi mangsa kemalangan akibat kecuaian anaknya Dul Jaelani pada 2013 lalu disokong isterinya Mulan Jameela.

Mulan berkata, apa yang dilakukan suaminya itu satu tanggungjawab yang perlu dijalani, malah dia sendiri turut membantu membiayai keperluan enam wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani sara enam janda sejak lapan tahun lalu, berpegang pada janji - “Suami mereka meninggal dunia dilanggar anak saya”

Ujarnya, dia juga mendoakan suaminya mampu terus mengotakan janji itu meskipun keadaan ekonomi keluarga mereka tidak berapa baik akibat terkesan pendamik Covid-19.

"Ya itu bahagian dari tanggungjawab. Dia ada kewajipan yang harus ditunaikan sejak 2013 jadi sebagai isteri saya perlu menyokong dan mendoakan sepenuhnya," ujarnya.

Sebelum ini, komposer dan ahli kumpulan Dewa itu mendedahkan menyara hidup enam wanita yang kehilangan suami atas rasa tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan anaknya.

Katanya, sepanjang lapan tahun dia berusaha untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan sebaik mungkin.

Tambah Ahmad Dhani, dia berjanji menyara kehidupan wanita berkenaan sehingga anak-anak mereka selesai pengajian masing-masing. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain