suria

Saif Ali Khan ‘pening kepala’ kena layan penyewa rumah mengadu paip bocor, penghawa dingin rosak

Saif Ali Khan sering menerima panggilan telefon dan mengadu tentang keadaan rumahnya.

SELEBRITI terkenal Bollywood seperti Saif Ali Khan juga sebenarnya tidak terlepas daripada terlibat dengan urusan peribadi seperti menguruskan rumah sewa.

Menerusi sebuah rancangan televisyen berjudul The Kapil Sharma Show, Saif bercerita tentang pengalaman lucunya ketika berdepan dengan kerenah penyewa rumah.

Ujarnya, dia sering menerima panggilan daripada penyewa yang tertekan mengenai masalah rumah bocor dan penghawa dingin rosak.

"Saya mendapat panggilan telefon mengenai paip bocor dan penghawa dingin tidak berfungSi di rumah," ceritanya dengan penuh ceria.

Sejak daripada itu Saif berkata dia akhirnya membuat keputusan untuk mencari seseorang untuk menguruskan hal berkaitan rumah sewanya.

"Pada mulanya, saya akan jawab sendiri panggilan sedemikian.

"Tapi saya fikir saya harus mengupah pengurus untuk menguruskan semuanya," ujarnya.

Bercerita tentang projek sewa kediaman mewah miliknya yang dikenali sebagai Istana Pataudi, Saif berkata dia sememangnya menjana pendapatan daripadanya.

"Selain berlakon saya juga menjana pendapatan dengan memberi sewa Istana Pataudi untuk lokasi penggambaran.

"Tapi semua hasil duit yang diperolehi diberikan kepada mak saya," ujarnya berseloroh. - Indian Express

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain