suria

Pemain 001 ‘Squid Game’ tolak tawaran duta ayam goreng

Oh sudah lebih 58 tahun dalam industri lakonan Korea Selatan.

DRAMA Korea Selatan berjudul Squid Game menerima populariti luar biasa di seluruh dunia.

Para pelakonnya menerima peningkatan jumlah pengikut yang mendadak di laman sosial.

Malah pemain 001, Oh II-nam yang dilakonkan oleh pelakon veteran Oh Young-soo turut mendapat tempias populariti.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Hae Soo pula buka akaun IG, sekelip mata pelakon ‘Squid Game’ raih hampir 700,000 pengikut

Aktor berusia 76 tahun itu membawa watak sebagai pemain yang baik hati dan menganggap pemain 456 (Lee Jung-Jae) sebagai gganbu atau kawan baik.

Netizen yang menonton drama itu mencadangkan sebuah syarikat ayam goreng Korea Selatan, Kkanbu Chicken untuk mengambil Oh sebagai jurucakap syarikat itu.

Namun, laman hiburan Sports Chosun melaporkan bahawa syarikat itu ada menghubungi pelakon veteran itu untuk membintangi iklannya tetapi ditolak.

“Dengan hormatnya, kami telah menyuarakan niat kami untuk merakam iklan bersamanya tetapi Oh Young-soo berkata ‘sebagai pelakon, apa yang saya ingin lakukan adalah kekal dengan pekerjaan saya’” kata jurucakap Kkanbu.

Oh berada dalam bidang hiburan Korea Selatan lebih 58 tahun dan membintangi kira-kira 200 buah filem, drama, dan pementasan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain