suria

Yuni Shara tak mahu anak Aurel panggil nenek, minta cucu saudara panggil bonda

Yuni Shara belum bersedia di panggil nenek.

PENYANYI yang juga ibu saudara kepada Aurel Hermansya iaitu Yuni Shara tidak mahu dipanggil nenek selepas anak sulung Krisdayanti itu bersalin.

Yuni sudah memberitahu kepada Aurel bahawa dia mahu dipanggil dengan gelaran bonda.

"Bila anak kamu lahir tak mahu di panggil nenek tapi nanti panggil makcik dengan panggilan bonda sahaja," kata Yuni Shara.

Tambah Yuni, semenjak Aurel hamil dia sering melihat anak saudaranya itu kelihatan lebih cantik dan menawan lebih-lebih apabila bersama Nagita Slavina, Paula Verhoeven dan Lesti Kejora.

"Tambah cantik. Saya gembira berjumpa dengan anak-anak yang cantik-cantik tadi," ujarnya.

Aurel Hermansyah kini sedang hamil anak pertama dengan Atta Halilintar dan ini merupakan kehamilan keduanya selepas mengalami keguguran sebelum ini.

Aurel dijangka akan bersalin pada Februari 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain