suria

Dua tahun berkahwin, Siti Badriah umum hamil anak pertama

Siti Badriah kongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya.

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Siti Badriah mengumumkan dirinya sudah berbadan dua.

Penyanyi lagu Lagi Syantik ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Kata Siti Badriah atau lebih mesra disapa Sibad, kurnian rezeki itu merupakan hadiah cukup bermakna baginya sepanjang melayari alam perkahwinan dengan suami, Krisjiana Baharudin.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah dan suami belum ada perancangan timang cahaya mata

“Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah tahun ini mendapat hadiah besar yang tidak ternilai harganya dari Allah SWT.

“Dua tahun menanti, masih tak percaya sampai saat ini bahawa Allah memberikan janin di dalam rahimku, akhirnya aku merasa apa yang aku ingin rasakan. Terima kasih Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

siti badriah 1

Siti Badriah dan suami, Krisjiana.

Perkongsian Sibad mengenai kehamilannya itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga urusan penyanyi berusia 30 tahun ini permudahkan.

Siti Badriah berkahwin dengan Krisjiana pada 25 Julai 2019.

SUMBER: Tabloid

Artikel Lain