suria

Kepenatan hamil 6 bulan, Lesti Kejora pengsan ketika buat ‘show’

Video Lesti pengsan tular di laman sosial.

INSIDEN pengsan semasa membuat persembahan nyanyian pada 9 Oktober lalu sama sekali tidak mematahkan semangat penyanyi Lesti Kejora untuk terus menghiburkan peminatnya di mana-mana acara hiburan.

Menurut pengurusnya iaitu Rifky Fitria, Lesti pengsan kerana keletihan ketika menyanyi selepas beberapa bulan berehat kerana pandemik Covid-19.

"Dia kepenatan, ibaratnya sudah lama berehat jadi badan baru mahu membiasakan diri dengan suasana sekitar semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah hamil luar nikah... Lesti Kejora, suami bongkar rahsia nikah senyap-senyap awal tahun ini - “Benar, saya kini hamil tiga bulan”

"Buat masa ini jadualnya akan berjalan seperti biasa, tiada yang batal. Apa-apa pun kita masih memantau keadaan kesihatannya.

"Cuma kita sebagai manusia biasa, pasti ada masa sakit, jadi saya ingatkan dia untuk lebih banyak berehat kerana badannya bukan ada dia sahaja (mengandung)," kata Rifky.

Baru-baru ini tular rakaman video Rizky mendukung isterinya yang kini hamil enam bulan itu kerana pengsan ketika membuat persembahan di satu majlis perkahwinan.

Gara-gara insiden itu, ada juga yang mendakwa Lesti hanya melakukan prank untuk suaminya, namun dia menafikan dakwaan tersebut.

SUMBER: Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain