suria

Penjara bimbang kesihatan dan kebersihan Aryan terjejas, anak Shah Rukh Khan masih tak lalu makan

Aryan Khan dilaporkan tidak berinteraksi atau bertemu dengan individu lain yang dituduh dalam kesnya.

ANAK kepada aktor Bollywood Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kini dipantau dan diberikan tahap keselamatan lebih ketat selepas dipindahkan ke pusat tahanan khas di Penjara Arthur Road di Mumbai.

Aryan juga dilaporkan tidak berinteraksi atau bertemu dengan individu lain yang dituduh dalam kesnya.

Dalam pada itu Aryan juga dikatakan berdepan kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dalam penjara selain isu makanan hingga pihak penjara bimbang tentang kesihatan dan kebersihannya.

Terdahulu, Shah Rukh Khan dilaporkan menghantar wang untuk perbelanjaan kantin kepada Aryan.

Penguasa Penjara Nieten Waychal mengesahkan bahawa pihak penjara menerima wang sebanyak Rs4,500 atau RM250 daripada keluarga Aryan pada 11 Oktober lalu.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis daripada Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee. - PinkVilla

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain