suria

Apa tak kena dengan Kenye West? Terpaksa ‘rebranding’ guna nama Ye

Kanye West tukar nama secara rasmi kepada Ye.

PENYANYI Hollywood Kenye West membuat keputusan untuk menukar namanya secara rasmi kepada Ye.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia memaklumkan mahkamah Los Angeles meluluskan permohonan tersebut untuk dia berbuat demikian.

Menurutnya, dia menukar namanya atas alasan tertentu dan bersifat peribadi.

"Jika tiada bantahan, permohonan untuk menukar nama diluluskan," kata hakim Michelle Williams.

Dokumen mahkamah menunjukkan Ye atau sebelum ini dikenali sebagai Kanye memfailkan permohonan itu pada 24 Ogos atas alasan peribadi.

Untuk rekod diia sudah menggunakan nama Ye di semua akaun media sosial miliknya selama beberapa tahun yang lalu.

Malah dia telah meluahkan hasrat untuk menukar nama kepada Ye dalam satu ciapan di Twitter miliknya pada 2018.

Nama tersebut turut menjadi tajuk kepada albumnya pada 2018.

Artis berusia 44 tahun itu kini dalam proses penceraian bersama isterinya Kim Kardashian yang kemukakan permohonan itu pada Februari lepas. - APNews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain