suria

Jet Li belajar bahasa Inggeris ketika usia 35 tahun... kejar cita-cita jadi pelakon Hollywood

Jet Li belajar bahasa Inggeris ketika usianya 35 tahun.

AKTOR terkenal Jet Li mendedahkan dia mula belajar bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris ketika berusia 35 tahun.

Menurut laporan Tabloid, Jet Li mengikuti pengajian bahasa itu semasa dia memulakan karier di Hollywood pada tahun 1998.

Dalam satu temubual, pelakon berusia 58 tahun ini memberitahu dia menghafal 26 huruf dan sebutan bahasa Inggeris semasa mempersiapkan diri untuk uji bakat filem Lethal Weapon 4.

Katanya lagi, dia mendengar rakaman suara rakannya membaca perkataan terlebih dahulu dan menghafalnya sepanjang hari bagi memastikan skrip diberi dapat disebut dengan lancar semasa penggambaran.

"Lethal Weapon 4 itu adalah filem bahasa Inggeris pertama saya. Saya membawa watak orang jahat, walaupun ada penonton yang tak suka saya berlakon antagonis tapi saya fikir sebagai pelakon saya perlu mencuba pelbagai watak.

“Tapi semasa itu saya bercakap bahasa Inggeris tak lancar sama sekali, jadi saya mula belajar banyak benda... saya fikir saya seorang yang memang suka belajar,” katanya.

Justeru itu tidak hairan usaha keras yang ditunjukkan oleh Jet Li membuahkan hasil apabila dia kini fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dia juga berpegang teguh dengan pendirian tidak membanding-bandingkan dengan orang lain kerana itu boleh memberi kesan kepada dirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain