KATA-KATA menjadi kenyataan... itulah yang terjadi kepada selebriti Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah yang meninggal dunia pada Khamis akibat kemalangan jalan raya. Sebulan sebelum kemalangan, Febri pernah meluahkan hasrat untuk sehidup semati dengan isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel dan suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya Menerusi video di saluran YouTube Millen Cyrus, Vanessa bertanyakan kepada suaminya apa yang akan dilakukan sekiranya dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk hidup. "Kalau hari ini, hari terakhir saya di dunia ini, apa yang awak akan lakukan?" tanya Vanessa. Tanpa memikirkan walaupun sesaat, Febri atau Bibi menjawab dia lebih rela mati daripada meneruskan kehidupan tanpa isterinya di sisi. "Mati. Iya la, saya mati saja la. Pening kepala saya," jawab Febri. Pada Khamis, selebriti Indonesia terkenal Vanessa Angel terlibat dalam jalan raya di Nganjuk arah Surabaya, Jawa Timur. Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombes Gatot Repli Handoko mengesahkan Vanessa dan suaminya, Febri Andriansyah meninggal dunia dalam kejadian terbabit. - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI