BEKAS tunang kepada penyanyi Ariana Grande iaitu pelawak Pete Davidson kini dikatakan mempunyai hubungan dengan personaliti terkenal, Kim Kardashian. Memetik laporan Hollywoodlife, gosip cinta pasangan itu mula bertebaran selepes foto dua selebriti memperlihatkan mereka meluangkan masa bersama pada Selasa lalu di Staten Island. Malah menguatkan lagi spekulasi itu apabila Kim dan Pete sekali lagi 'kantoi' menikmati makan malam bersama di sebuah restoran pada Rabu. Biarpun Kim dan Pete datang pada waktu yang berasingan namun sumber mendedahkan mereka duduk makan di meja sama. "Pete yang membuat perancangan untuk makan malam secara privasi. Hanya mereka berdua sahaja," kata sumber. Mac lalu, Pete digosipkan sedang bercinta dengan pelakon drama siri popular berudul Bridgerton iaitu Phoebe Dynevor. Manakala Kim pula sudah berpisah dengan penyanyi terkenal Kanye West selepas memfailkan perceraian pada Februari lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI