suria

Pemandu Vanessa Angel mengaku main telefon, memandu laju... siap ‘update’ Instastory sebelum kemalangan

Pemandu Vanessa dituduh cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

PIHAK polis Indonesia yang menjalankan siasatan terhadap kemalangan pelakon Vanessa Angel mengesahkan pemandunya, Tubagus Muhammad Joddy menggunakan telefon ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan maut itu.

Berdasarkan keterangan yang diambil, polis telah merampas telefon bimbit dan bukti lain bagi pemeriksaan forensik.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah terkini anak Vanessa Angel selepas kemalangan, jutawan Surabaya janji jaga anak arwah

Selain mengaku bermain telefon, Joddy juga memberitahu dia memandu dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam.

Pihak polis juga menyiasat dakwaan pemandu kereta jenis Pajero itu mengantuk ketika kemalangan.

vanessa

Vanessa dan suami meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semua kemungkinan boleh terjadi. Cuma dia ditetapkan tertuduh atau tidak, nanti kami lihat perkembangan hasil penyelidikan.

“Kami tidak boleh beritahu sekarang kerana masih proses siasatan. Selain itu, keadaan dia yang masih cedera belum membolehkan kami bertanya lebih lanjut," katanya.

Sebelum ini, pemandu Allahyarham Vanessa dikecam cuai apabila bermain telefon dan memuat naik Instastory beberapa jam sebelum terlibat kemalangan.

Menerusi video Instastory itu, Joddy memperlihatkan dirinya sedang memandu dengan kelajuan lebih 100 KM per jam menghala ke Surabaya.

Tidak lama kemudian, kenderaan tersebut mengalami kemalangan di KM 672 yang menyebabkan Allahyarham dan suami meninggal dunia di tempat kejadian. - Tempo

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain