suria

Bapa mentua kongsi keadaan terkini anak Vanessa Angel... bengkak pada wajah belum pulih, kelopak mata berjahit

Bapa Febri akan pelihara cucu sehingga dewasa.

KEADAAN kesihatan anak kepada arwah Vaneesa Angel dan Febri Andriansyah iaitu Gala Sky Andriansyah dilaporkan semakin baik.

Menurut laporan KapanLagi, bapa Febri iaitu Faisal Saat bagaimanapun berkata cucu lelaki berusia setahun itu masih mengalami kecederaan pada bahagian wajah.

"Bengkak pada wajah agak teruk belum pulih lagi, di kelopak matanya ada jahit sikit... semuanya boleh dirawat dan kami selalu berhubung dengan doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah terkini anak Vanessa Angel selepas kemalangan, jutawan Surabaya janji jaga anak arwah

"Tentang pembantu mereka, saya tidak berhubung lagi, tapi anak saya ada hubunginya... katanya Siska semakin baik tapi dia pun masih dalam rawatan," katanya.

Mengulas mengenai hasrat seorang jutawan di Surabaya bernama Tom Liwafa yang mahu membiayai hidup Gala sehingga dewasa, ini jawab Faisal!

bapa mentua Vanessa Angel

Faisal ditemui media di kediamannya. Foto Kapan Lagi

"Dia ada hubungi saya, kami akan jumpa nanti. Orangnya sangat baik, apa yang saya dengar dia orang yang sangat mulia. Dia beri perhatian kepada anak dan cucu saya meskipun kami tidak pernah mengenali.

"Apa-apa pun kami sekeluarga akan menjaga dan mendidik Gala dengan baik selepas ini," ujarnya.

Vanessa dan Febri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain