suria

Mahu tenangkan anak... Shah Rukh Khan henti semua penggambaran, bimbang keadaan Aryan masih trauma duduk penjara

Shah Rukh Khan tangguhkan penggambaran untuk fokus kepada Aryan.

PELAKON Bollywood Shah Rukh Khan mengambil keputusan untuk menghentikan semua penggambaran yang melibatkan dirinya sejak anaknya Aryan Khan kembali pulang ke rumah.

Memetik laporan Time Of India, anak bintang tersebut masih berada dalam keadaan trauma semenjak pulang ke rumah dan lebih suka untuk menyendiri di dalam bilik.

Risau akan keadaan itu, sebagai bapa dia bertanggungjawab menumpukan perhatian terhadap Aryan terutama ketika waktu-waktu kritikal begini.

"Dia tidak bercakap dengan sesiapa, tidak mempunyai keinginan untuk bertemu kawan.

"Aryan menjadi lebih senyap selepas pulang dari penjara.

"Dia jarang meninggalkan biliknya dan keluarga Khan membenarkan dia kekal seperti yang dia mahu.

Shah Rukh Khan membatalkan niatnya untuk melantik pengawal peribadi dan juga jurulatih untuk Aryan yang bertujuan untuk membantu mengatasi pengalaman Aryan di penjara.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan Khan dan rakannya iaitu Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha telah ditangkap berhubung kes dadah pelayaran Mumbai dan telah dibenarkan ikat jamin oleh Bombay HC pada 28 Oktober.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain