SELEPAS hampir tiga minggu menyepi berikutan kontroversi dengan ibu kepada Gigi Hadid iaitu Yolanda, penyanyi Zayn Malik kembali aktif di laman sosial. Zayn yang juga ahli kumpulan One Direction itu hanya memuat naik gambar dia memakai cermin mata hitam bagi mempromiskan produk tersebut. Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat agar Zayn terus kuat menghadapi kontroversi tersebut. "Kami sayang awak sangat. Harap awak dalam keadaan sihat. "Kami sokong awak Zayn. Terus kuat! "Saya menunggu posting awak. Saya tetap akan sokong awak," komen beberapa peminat. Sebelum ini, Zayn dilaporkan berpisah dengan kekasihnya yang juga model terkenal Gigi Hadid disebabkan berlaku pergaduhan dengan Yolanda. Zayn bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya dia telah memukul Yolanda dan enggan berkongsi lanjut berhubung isu itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI