suria

Jung Ho Yeon sedia ke Hollywood, satu bumbung dengan Brad Pitt, Justin Bieber

Jung Ho Yoen melangkah ke Hollywood.

SELEPAS mencipta nama menerusi drama bersiri Squid Game, pelakon Jung Ho Yeon mengumumkan secara rasmi sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran Hollywood.

Jung Ho Yeon yang juga seorang model telah menandatangani kontrak di bawah agensi Creative Artists Agency (CAA).

Creative Artists Agency ialah agensi yang terbesar di Amerika Syarikat dengan pelanggan dalam industri filem, muzik, sukan, TV, permainan dan kandungan dalam talian.

Beberapa selebriti terkenal yang berada di bawah agensi tersebut ialah Brad Pitt, Tom Hanks, Beyonce, Norah Jones, Cardi B, dan Justin Bieber.

“Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan CAA, salah satu agensi terbesar di Amerika Syarikat, untuk aktiviti globalnya. Tolong sokong Jung Ho Yeon semasa dia meneruskan aktivitinya di peringkat antarabangsa," ujar Saram Entertainment.

Jung Ho Yeon mengagumkan penonton dengan lakonannya yang realistik dalam siri asal Netflix Squid Game.

Dia meraih pengikut yang ramai di akaun Instagramnya dan kini menjadi duta global baharu jenama mewah Louis Vuitton. - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jong Ho Yoen, Hollywood

Artikel Lain