suria

Tiada lagi aksi romantik... Hubungan Camila Cabello dan Shawn Mendes putus selepas 2 tahun bercinta

Hubungan cinta Shawn Mendes dan Camila Cabello telah berakhir.

SELEPAS dua tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Camila Cabello akhirnya umumkan berpisah dengan kekasihnya, Shawn Mendes.

Berita yang dikongsikan di Instagram masing-masing pada Khamis cukup mengejutkan para peminat pasangan ini.

Mereka menyatakan tidak lagi menjalani hubungan romantik walaupun masih saling menyayangi antara satu sama lain.

"Hai semua, kami memutuskan untuk menamatkan hubungan percintaan romantik kami, namun rasa sayang antara kami sebagai manusia lebih kuat berbanding sebelumnya.

41637202825_freesize

Perkongsian Camila di Instastory miliknya.

"Kami memulakan hubungan sebagai kawan baik dan akan terus menjadi kawan baik.

"Kami sangat menghargai sokongan anda daripada awal. Camila dan Shawn," tulis mereka.

Shawn dan Camila mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai 2019.

Kedua-dua penyanyi ini juga pernah merakamkan lagu bersama bertajuk I Know What You Did Last Summer dan Senorita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain