suria

Tahniah! Preity Zinta timang anak kembar guna khidmat ibu tumpangan

Preity Zinta dan suami umum timang anak kembar.

PELAKON terkenal Bollywood Preity Zinta mengejutkan para peminatnya dengan berita gembira apabila dia sudah menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.

Bukan itu sahaja, Preity Zinta dan suaminya Gene Goodenough juga sudah menamakan anak kembar mereka iaitu dengan nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

"Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira kami dengan anda semua hari ini.

"Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang bagi mengalu-alukan anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough ke dalam keluarga kami.

"Sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami ini," katanya menerusi Instagram pada Khamis.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Chori Chori Chupke Chupke ini turut melahirkan rasa terima kasih kepada ibu tumpang bagi kedua-dua anak kembarnya itu.

Perkongsian Preity Zinta di Instagram miliknya.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini," katanya lagi.

Sementara itu meneliti di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut melahirkan rasa teruja dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

"Sangat gembira dan teruja mendengar berita hebat ini sayangku. Setinggi-tinggi tahniah dan dikirimkan kasih sayang saya kepada anda, Gene dan anak-anak," tulis aktres Shilpa Shetty.

Preity Zinta dan Gene Goodenough menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum berkahwin pada 29 Februari 2016.

Pelakon itu mengambil keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat selepas berkahwin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain