suria

Shah Rukh Khan kembali bekerja, tak mahu jadual artis lain terjejas disebabkan masalah keluarganya

Shah Rukh Khan tetap mengutamakan keluarganya walaupun terpaksa kembali bekerja.

AKAN kembali meneruskan penggambaran, pelakon Bollywood Shah Rukh Khan meminta pihak pengarah untuk menyusun kembali jadualnya dan memberi dia peluang melawat keluarga dalam beberapa minggu untuk beberapa hari.

Memetik laporan Bollywoodlife, Shah Rukh Khan tidak mahu menyusahkan pihak produksi sebaliknya ingin menyelesaikan penggambaran tersebut.

“Dia telah meminta untuk mengekalkan jadual filem yang berada di luar India dan mengosongkan beberapa hari bagi untuk balik ke rumah setiap beberapa minggu.

"Dia telah meminta mereka untuk merancang penggambaran sedemikian rupa supaya penggambaran untuk artis lain boleh selesaikan semasa ketiadaannya," ujar sumber.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan terbaru bimbang dengan keadaan Aryan Khan selepas insiden yang berlaku terhadap keluarganya.

"Shah Rukh Khan sangat melindungi Aryan dan keluarganya selepas insiden baru-baru ini dan telah memutuskan untuk berada di samping keluarga dan seimbangkan antara masa peribadi dan profesional," tambahnya.

Shah Rukh Khan mempunyai beberapa projek filem dalam dalam masa terdekat termasuk Pathan, Atlee dan Lion yang perlu diselesaikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain