BAPA mentua Allahyarham Vanessa Angel iaitu Faisal Saat tidak mampu menahan sebak dan kesedihan apabila cucunya iaitu Gala Sky Ardiansyah berulang kali menyebut perkataan mama dan papa. Menurut laporan Grid.ID, bapa kepada Febri Ardiansyah ini mengakui hatinya hancur saat melihat Gala menangis mencari ibu dan ayahnya yang telah tiada. "Selepas kejadian itu, hancur! Sangat berat," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua kongsi keadaan terkini anak Vanessa Angel... bengkak pada wajah belum pulih, kelopak mata berjahit Sementara itu, Faisal berkata berita kematian anak dan menantunya itu terlalu sukar untuk diterima meskipun sudah lebih 10 hari insiden maut itu berlaku. Dia bagaimanapun kembali bersemangat selepas menerima kata-kata sokongan daripada kaum keluarga dan sahabat terdekat. "Datang keluarga dan sahabat Febri memberi semangat semula. "Yang penting cucu saya sentiasa berada dalam keadaan baik. Kalau saya sudah tiada lagi nanti dia masih ingat arwah bapanya. "Saya yakin dengan dikelilingi orang baik, pasti Gala akan terus maju dan bangkit menjadi orang hebat dan luar biasa," ujarnya. Vanessa dan Febri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!