suria

12 tahun bawa status janda, Rossa belum ada keinginan kahwin lagi!

Rossa serah soal jodoh pada tuhan.

12 tahun memegang status janda, penyanyi terkenal Indonesia Datuk Seri Rossa berkata dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Menurut laporan Tabloid, Rossa, 43, berkata dia tidak memikirkan soal jodoh dan belum bertemu orang yang sesuai untuk dijadikan suami.

"Belum... belum mahu (nikah lagi)," katanya semasa ditemui media di sebuah acara di Pondok Indah, Jakarta Selatan, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil titik peluh sebagai penyanyi... Rossa hadiahkan rumah mewah untuk ibu bapa, harga dianggar cecah RM6 juta!

Penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti ini bagaimanapun berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

"Nantilah InsyaAllah kalau sudah tiba waktu dan bertemu orang yang tepat.

"Kalau tentang jodoh ini saya yakin sahajalah. Ya Allah berilah aku yang terbaik... tapi tak tahu bila, berserah sahaja," ujarnya.

Untuk rekod Rossa mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Yoyo Padi pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan kini berusia 15 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain