suria

Rani Mukherjee gelisah dicium dengan Saif Ali Khan dalam filem ‘Hum Tum’, rupa-rupanya ini yang berlaku sebelum penggambaran...

Rani aku sangat tidak selesa apabila terpaksa melakukan adegan cium di set penggambaran.

SELEPAS 12 tahun tidak berlakon bersama, kini pelakon Saif Ali Khan dan Rani Mukherjee bakal berkongsi skrin menerusi filem Bunty Aur Babli 2.

Jika peminat Bollywood masih ingat, mereka sebelum ini kerap bekerjasama dalam projek filem seperti Hum Tum, Ta Ra Rum Pum, Luck By Chance dan banyak lagi.

Sejak daripada itu jelas sekali hubungan profesional mereka akhirnya bertukar kepada persahabatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Preity Zinta timang anak kembar guna khidmat ibu tumpangan

Baru-baru ini semasa acara promosi Bunty Aur Babli 2, Saif dan Rani buat pertama kali bercakap tentang adegan cium mereka dalam filem Hum Tum.

Hum Tum adalah filem pertama Saif dan Rani berkongsi skrin dan semasa bercakap tentang itu, mereka menyifatkan adegan cium mereka ketika itu adalah yang terburuk pernah berlaku.

Rani sempat bertanya kepada Saif sama ada dia ingat betapa takutnya mereka untuk melakukan adegan bercium.

Kemudian Saif menjawab bahawa masih segar dalam ingatannya tentang tingkah laku Rani yang dianggap terlebih baik daripada kebiasaannya pada hari adegan itu dibuat.

Rani akui agak teragak-agak untuk merakam adegan cium dan dia mencadangkan agar ia dimansuhkan daripada filem itu.

Bagaimanapun akhirnya mereka terpaksa melakukan juga adegan itu dan Saif memberitahu Rani bahawa ia adalah ciuman paling teruk dalam sejarah pawagam. - INDIAGLITZ

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain