suria

Anak arwah Vanessa Angel masih trauma, asyik minta didukung... Keluarga bimbang Gala Sky lupa cara nak berjalan

Fuji yang berusia 19 tahun terpaksa mengasuh anak saudaranya Gala Sky Andriansyah.

HAMPIR sebulan pelakon Vanessa Angel meninggal dunia, adik ipar arwah iaitu Fuji berkongsi keadaan terkini anak saudaranya Gala Sky Andriansyah yang mengalami trauma sehingga lupa cara untuk berjalan.

Ujarnya sebelum tragedi yang meragut nyawa ibu bapanya, Gala yang berusia setahun itu sudah boleh berjalan namun insiden tersebut menjejaskan pergerakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Vanessa Angel mula cari ‘mama papa’... bapa mentua akui terlalu sedih tengok keadaan cucu

Bukan itu saja Gala juga tidak mahu bermain atau didukung oleh ahli keluarga lain selain dirinya.

"Gala mengalami trauma sehingga tidak mahu dipegang oleh orang lain, sama Fadly (abang) pun tidak mahu kecuali aku.

"Dia mahu didukung saja. Awalnya aku letak di atas lantai tapi dia tidak mahu berjalan dan hanya merangkak. Aku terpaksa pegang baju dia supaya tidak jatuh sedangkan Gala Sky sudah boleh berjalan sebelum ini," katanya.

Bercerita lanjut, Fuji berkata dia menerima dengan hati terbuka apabila perlu memikul tanggungjawab mengasuh anak saudaranya pada usia 19 tahun.

"Lebih tepat aku dipaksa untuk dewasa, mahu atau tidak mahu aku terpaksa terima. Demi Gala aku ikhlas.

Sehingga kini, melihat kepada perkongsian Fuji di Instagram miliknya Gala semakin beransur pulih dan ceria.

Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada 4 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain