AKTRES Bollywood Priyanka Chopra tiba-tiba menjadi bualan hangat apabila dia bertindak membuang nama keluarga (surname) Nick Jonas daripada biografi Twitter dan Instagramnya pada Isnin. Perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen yang akhirnya mencetuskan spekulasi pasangan romantik ini bakal bercerai. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun jadi suami isteri, Nick Jonas anggap Priyanka Chopra pasangan sempurna Tidak lama selepas spekulasi perpisahan mereka, Priyanka meninggalkan komen romantik di siaran video suaminya. Priyanka membuang nama keluarga NIck Jonas di laman sosialnya. Menerusi video hitam putih yang dimuat naik memaparkan Jonas sedang membuat senaman di hadapan cermin. "Motivasi Isnin, mari dapatkannya" kata Jonas pada kapsyen. Tidak lama kemudian, Priyanka menulis komen romantik yang secara tidak langsung menepis komen pasangan ini berada dalam masalah. "Damn! Saya mati dalam pelukan awak" tulisnya bersama emoji mata hati. Priyanka tulis komen romantik selepas di IG Nick Jonas. Namun sehingga sekarang tidak jelas mengapa Priyanka mengeluarkan nama Jonas daripada akaun media sosialya. Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas pasangan itu meraikan Diwali pertama mereka bersama-sama dengan beberapa tetamu selebriti seperti John Legend dan Chrissy Teigen. Priyanka dan Jonas bercinta pada Mei 2018 dan secara rasmi bertunang dalam upacara Punjabi Roka di Dubai pada Ogos 2018 sebelum berkahwin pada 1 Disember 2018. - Dailymail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI