suria

Isteri Raffi Ahmad selamat bersalin anak kedua... minta peminat teka nama 'baby R'

Raffi Ahmad dan Nagita seronok timang anak kedua yang masih dirahsiakan jantina dan nama.

PELAKON Raffi Ahmad berkongsi berita gembira isterinya iaitu Nagita Slavina selamat melahirkan anak kedua mereka pada Jumaat.

Menurut laporan Tabloid, Raffi memaklumkan isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

"Alhamdulillah lahir dengan sihat dan selamat pada pagi tadi... bertambah lagi jaguh papa," tulisnya.

Raffi bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai kelahiran bayinya itu.

Menerusi informasi beberapa sumber, Nagita dikatakan melahirkan anak lelaki di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat pada pagi Jumaat.

Sehingga kini, pasangan ini masih merahsiakan nama cahaya mata kedua mereka itu.

"Minta doakan ya guys buat Nagita dan bayi 'R'... siapa namanya?" katanya memberi bayangan nama anak keduanya itu bermula dengan huruf R.

Raffi berkahwin dengan Nagita pada 17 Oktober 2014.

Mereka dikurniakan anak pertama bernama Rafathar Malik Ahmad lahir pada 15 Ogos 2015.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain