suria

Tiada degupan jantung ketika 'check up' kali ketiga, Jessie J sedih disahkan keguguran

Jessie J tidak dapat mengawal emosi selepas dimaklumkan dirinya mengalami keguguran.

PENYANYI Jessie J berkongsi berita sedih apabila dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan buat kali ketiga.

Jessie J menerusi laman Instagram miliknya memberitahu doktor memaklumkan tiada lagi degupan jantung selepas pemeriksaan dilakukan.

Mengakui tidak mampu mengawal emosinya, Jessie J memilih untuk meneruskan persembahannya di Los Angeles bagi mengubat hatinya daripada bersedih.

"Selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga dan dimaklumkan tiada lagi degupan jantung. Bangun pagi, saya tak dapat nak mengawal emosi saya.

"Saya mungkin akan menyesal berkongsi perkara ini. Atau mungkin tidak. Sebenarnya saya tak tahu. Apa yang saya tahu, saya mahu menyanyi.

"Bukan disebabkan saya mahu mengelak daripada bersedih tapi saya tahu menyanyi dapat membantu saya," tulis Jessie J.

Dalam pada itu, Jessie J turut mendedahkan dia melalui proses kesuburan untuk mendapatkan zuriatnya sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain