suria

Lindsay Lohan bertunang dengan pegawai bank

Lindsay Lohan bertunang dengan Bader Shammas.

PENYANYI Lindsay Lohan mengumumkan telah bertunang dengan pegawai bank, Bader Shammas.

Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi foto bersama Shammas dan menunjukkan sebentuk cincin di jari mereka dengan kapsyen "My Love, My life. My family. My future."

Memetik laporan The Hollywood Reporter, Lohan,35, dan Shammas telah menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu melalui pertemuan pertama mereka di Festival Muzik Dubai.

Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.

Shammas disifatkan sebagai seorang yang sangat stabil dan berjaya. Dia bukan pelakon mahupun dari industri hiburan sebaliknya mengendali kewangan orang di Credit Suisse.

Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov namun putus pada 2016.

Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama, dan Aaron Carter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lindsay Lohan, Shammas, bertunang

Artikel Lain