suria

Kanye West ingin rujuk, Kim Kardashian pula asyik keluar dengan Pete Davidson

Kanye West (kiri) mahu rujuk tapi Kim Kardashian kini rapat dengan Pete Davidson.

HUBUNGAN mesra Kim Kardashian dan Pete Davidson nampaknya semakin akrab dan banyak menghabiskan masa bersama.

Seperti dipetik E!News, pasangan ini dirakam sedang keluar dari restoran Giorgio Baldi di Santa Monica, California, Amerika Syarikat.

Kedua-dua selebriti kelihatan sedang ketawa sebelum memasuki kereta.

Kim dikatakan sangat bahagia menikmati waktu lapangnya dengan bekas tunang Ariana Grande ini.

kim Kardashian

Kanye akui ada melakukan kesilapan dalam hubungan rumah tangga dengan Kim Kardashian.

Sementara itu, bekas suaminya Kanye West pula menyatakan hasrat untuk rujuk dengan bintang realiti TV itu.

“Sekarang saat untuk memperbaiki keluarga. Benar, saya mahu semua berdoa untuk keluargaku,” kata penyanyi yang ingin dikenali sebagai Ye.

Kanye juga mengakui telah melakukan kesalahan dalam rumah tangganya.

“Adakah kamu semua menyedari bahawa semua hal dalam hubungan boleh diperbaiki.

“Sebagai suami saya telah melakukan hal yang tidak boleh diterima depan umum. Tapi saya ingin mengubahnya,” ujar lelaki 44 tahun itu.

Walaupun membuat tuntutan cerai pada Februari lalu, hubungan Kim dan Kanye masih baik.

Kim hadir pada acara pelancaran album Kanye, Donda dan memberi kata-kata semangat untuk penyanyi rap itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain