suria

Penat ‘pose’ cantik atas katil… Madonna bengang Instagram padam foto ‘terlajak’ seksi

Madonna bengang apabila Instagram padam fotonya di laman tersebut.

PENYANYI Madonna meluahkan rasa bengang dengan tindakan penyelia Instagram yang memadam salah satu foto di akaun miliknya.

Menurut laporan The Guardian, Madonna bertindak memuat naik semula foto seksi yang dikatakan telah melanggar terma syarat yang ditetapkan oleh aplikasi media sosial itu.

"Saya muat naik semula foto yang telah dihapuskan Instagram tanpa peringatan atau notifikasi ini... alasan yang mereka beri kepada pengurusan saya ialah kerana ada bahagian yang tak sepatutnya," tulisnya pada Jumaat.

Sebelum itu, penyanyi berusia 63 tahun ini memuat naik foto dia berbaring di atas katil dengan mengenakan stoking jala seksi berwarna hitam.

Dalam foto itu, Madonna kelihatan cukup seksi hingga menampakkan sebahagian dadanya.

Sementara itu jurucakap Meta memaklumkan pihaknya sentiasa memantau kandungan yang dimuat naik pengguna tanpa mengira latar belakang pemilik akaun.

"Setiap kali menemui content yang melanggar peraturan, kami akan hapuskan. Tidak peduli siapa pun yang memuat naiknya.

"Kami faham mungkin akan ada yang tak bersetuju tetapi kami mahu menjaga pengguna lain supaya rasa selamat di aplikasi kami. Mungkin apa yang dikongsi itu sensitif untuk sesetengah orang," jawabnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Madonna, marah Instagram, foto seksi,

Artikel Lain