suria

Tolak ais krim atau coklat! Jennifer Aniston hanya makan sekeping kerepek kentang kalau stres

Jennifer Aniston jaga pemakanan demi kesihatan tubuh.

PELAKON Jennifer Aniston mendedahkan dia mengikuti rutin diet yang sangat ketat demi menjaga kesihatan dan bentuk tubuh.

Menurut laporan The Independent, Jennifer memberitahu dia hanya memakan sekeping kerepek kentang jika berada dalam keadaan tertekan atau stres.

"Sekeping kerepek kentang dah cukup... crunch crunch crunch," katanya.

Bukan sahaja makanan, aktres berusia 52 tahun ini juga memberitahu dia memilih minuman dan mengelakkan diri daripada mengambil air bergula.

Malah dia sangat aktif bersenam kerana bimbang jika bertambah berat badan dan nampak tidak sihat.

Meskipun pernah mengalami kecederaan akibat senaman terlalu ekstrem, Jennifer tidak serik dan terus melakukan latihan yang sama berulang kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain