NETIZEN meluahkan rasa marah apabila dua adik beradik arwah Vanessa Angel kini mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dengan memuat naik lagu cover berjudul Kelmarin nyanyian asal Seventeen. Rata-rata beranggapan dua adiknya iaitu Mayang dan Chika cuba mengambil kesempatan terhadap populariti dan perhatian netizen terhadap kemalangan yang menimpa kakaknya hampir sebulan lalu.ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kubur Vanessa Angel rosak teruk gara-gara jadi 'content' media sosial... ibu bapa terpaksa doa dari luar pagar Netizen turut meninggalkan komen-komen negatif pada muzik video yang dikatakan sebagai mengenang Allahyarham dan suaminya Bibi Andriansyah yang turut meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang selepas Vanessa meninggal? Kenapa tidak dulu ketika arwah masih hidup? Nampak sangat mahu menggunakan khabar meninggal dunia arwah," "Masa dia hidup tidak hargai, sudah meninggal pun masih ambil kesempatan" tulis netizen. Mayang mahu jadi wanita berjaya dan menjaga anak saudaranya itu sehingga besar. Sementara itu dalam wawancara program Rumpi di Trans TV, Indonesia, Mayang memberitahu dia ingin menjadi aunty rich atau makcik kaya. Perkara itu disebabkan dia mahu memberikan kemewahan kepada anak saudaranya itu, Gala Sky. "Sejak ada dia aku ingin jadi aunty rich buat Gala. Itu cita-citaku, aku mahu kerja keras buat bantu Gala, bantu daddy dan adik-adikku. "Aku ingin ganti posisi kakakku dahulu yang menanggung keluarga," ujarnya. Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada 4 November lalu. - insertLive Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!