PELAKON Song Joong Ki berdepan dengan berita duka apabila neneknya dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu. Menurut laporan, pengebumian telah dilaksanakan pada pagi Rabu dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Sementara itu, Jong Ki, 36, yang popular dengan drama Vicenzo kini sedang menjalani penggambaran untuk siri tv terbaharunya berjudul The Youngest son of the Chaebol Family yang dijangka akan ke udara pada 2022. Beberapa hari sebelum nenek meninggal dunia, Song Jongki sibuk dengan jadual kerjanya menghadiri majlis anugerah Blue Dragon Film Award. Dia memenangi kategori Popular Star Award bersama bintang lain seperti Goo Kyo Hwan, YoonA SNSD dan Joen Yeo Been. Song Jong Ki dikenali mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya. Menerusi sebuah program aktor itu memberitahu dia menyewa sebuah resort hanya untuk bercuti bersama keluarga. Manakala dalam sebuah wawancara dengan W Korea Magazine, dia pernah menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan. “Keluarga hal penting untuk diriku, mereka adalah pelajaran terbaik dalam hidupku,” ujarnya. - ALLKPOP Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI