EMPAT bulan menjalani rawatan dan pemulihan dadah di daerah Bogor, Jawa Barat Indonesia, keadaan Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie kini semakin baik. Menurut peguam mereka, Wa Ode Nurzaenah, berkata, Nia berada dalam keadaan sihat dan semakin cantik.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak puas hati, Nia Ramadhani dan suami makan di restoran... dakwa dapat keistimewaan keluar dari pusat pemulihan dadah "Saya baru sahaja bertemu mereka berdua, semakin baik, bagus dan segar nampaknya," "Nia badannya juga bagus, semakin cantik. Alhamdulillah sihat sahaja mereka," ujar Wa Ode. Selain itu, dia juga memberitahu pasangan itu rajin bersenam dan menghadiri sesi kaunseling dan kelas agama. "Kegiatan rohani, kaunseling dengan ustaz itu sering mereka lakukan dan banyak sekali hal-hal positif yang mereka dapat," lanjutnya. Tambahnya lagi pasangan itu sudah bersedia untuk kembali kepada keluarga dan masyarakat. Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu. Menerusi tangkapan itu, polis menjumpai dadah jenis syabu dengan berat 0.78 gram. - KOMPAS Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI