suria

Lagu Sayang nyanyian Shae terima Multiple Platinum di Malaysia, komposer Posan Tobing fail saman tuntut RM1.5 juta

Posan Tobing dakwa tidak dibayar sewajarnya oleh pihak label.

KOMPOSER dan ahli kumpulan Kotak Band Posan Tobing mengambil tindakan undang-undang terhadap label muzik Warner Music Indonesia terhadap lagu Sayang nyanyian Shae.

Posan mendakwa terdapat pelanggaran hak cipta yang dilakukan oleh label dengan beberapa pihak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Shae Tidak Terkenal Di Negara Sendiri

"Hari ini kami datang untuk perbicaraan bagi persoalan hasil dan hak saya. Kami mahu penjelasan tentang hak kami,

"Kami ambil tindakan undang-undang terhadap Warner Music Indonesia dan rangkaiannya di Malaysia," ujar peguamnya Djihansyah.

Posan Tobing memfailkan saman dan menuntut kira-kira RM1.5 juta terhadap pihak label Warner Music Indonesia.

Untuk rekod, lagu Sayang nyanyian Shae hit pada tahun 2016 dan menerima Multiple Platinum dari Warner Music Malaysia.

Bagaimanapun, Posan Tobing mendakwa dia tidak mendapat hak-hak atau bayaran yang sewajarnya.

"Dia dibayar sesuka hati, jadi kami menuntut keadilan. Semuanya harus berada di sisi masing-masing jangan dibayar sekadarnya.

"Ada aturan-aturan yang tidak boleh dibayar sesuka hati," tambahnya.

Sementara itu, peguam mewakili Warner Music Indonesia, Reza Reynaldi belum memberi sebarang respons mengenai hal itu.

"Lebih baik tunggu bersidang sahaja, boleh lihat bukti lain" ujarnya. - LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Posan Tobing, Sayang, Shae,

Artikel Lain